Skip links

Karya Info Page Final

Karya Bestari

Karya Bestari merupakan salah satu anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 1978, Karya Bestari bermula sebagai penerbit buku-buku rujukan.

Karya Bestari perlahan-lahan mengembangkan genre penerbitan pada tahun 2010 apabila buku-buku berkaitan agama mula diterbitkan secara agresif dan intensif. Empat genre diperkenalkan kepada pembaca iaitu Soal Jawab, Raudhah, Kautsar dan Ad-Deen.

Seiring dengan perjalanan masa, Karya Bestari kini menambah lagi jalur penerbitannya dengan menerbitkan buku-buku berkaitan al-Quran seperti buku siri Nota My#Qurantime yang mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Karya Bestari terus mengembangkan sayap penerbitan dengan menubuhkan Unit Penerbitan Al-Quran beberapa tahun yang lalu. Unit ini bertanggungjawab untuk melakukan R&D untuk semua al-Quran yang diterbitkan. Al-Quran kami didatangkan dengan beberapa pilihan warna; emas, hijau, hitam, merah, biru, kelabu, dan putih serta pelbagai saiz; A6, B5, A4 dan B4. Al-Quran kami sentiasa ditambah baik dari sudut penampilan, kulit luar dan ciri-ciri tambahan lain. Kesemua al-Quran kami mendapat kelulusan daripada Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.

Selain laman sesawang Karya Bestari, rangkaian permasaran dan promosi semua produk Karya Bestari sentiasa diperkuatkan melalui penggunaan media sosial di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Diperkuatkan dengan team editor dan grafik yang berpengalaman luas, serta para penulis yang berpengetahuan luas, Karya Bestari terus berkomitmen dalam menerbitkan buku-buku dan al-Quran yang berkualiti dan bermanfaat untuk semua pembaca.
Organisasi media unggul berwibawa yang memahat nilai dan mencorak minda untuk kesejahteraan insan.
Memupuk modal insan perkasa yang terampil, inovatif dan bermotivasi Menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti serta bermanfaat yang memberi nilai tambah.

Check Out Karya Bestari Store

Bagi memenuhi keperluan pembaca yang pelbagai, kami menawarkan buku fizikal dan buku digital kepada semua.

Buku fizikal boleh didapati di sini,
1- Outlet Karangkraf Mall (datang sendiri atau beli secara online)
2. Shopee (Karangkraf Mall Official Store)

Buku digital pula boleh didapati di sini,
1- eMall Karangkraf (https://emall.karangkraf.com/)
2- Ookbee.com (https://my.ookbee.com/)

Team Karya Bestari

Firdaus Hussamuddin
(Ketua Pegawai Eksekutif)
Ahmad Yani bin Abd Manaf
(Pengurus Penerbitan Al-Quran)
Nor Azam Syah Razmi
(Pengarah Kreatif)
Norhayati Mat Kassem
(Ketua Unit Penerbitan Karya Bestari)
Rosmawati Ahmad
(Editor Kanan Buku)
Sofian Resali
(Editor Kanan Buku)
Mohd Hasrul Wahab
(Editor Buku)
Mohd Azli Ali
(Editor Buku)
Amal Hayati Zakaria
(Editor Buku)
Mohd Khairul Naim Mansor
(Editor Kanan Al-Quran)
Mohamad Amiro Safwan Kamil
(Editor Kanan Al-Quran)
Muhammad Toha Mohd Haidar
(Editor Al-Quran)
Muhamad Hafizuddin Omar
(Editor Al-Quran)
Muhammad Khairul Amir Mohd Khalil
(Corporate Sales Al-Quran)
Ismawannie Ismail
(Marketing and R&D Al-Quran)
Azhar Abraur
(Pereka Kreatif)
Mohd Edwin Mohd Shariffin
(Pereka Kreatif Kanan)