Skip links

Alaf Info Page Final

Alaf 21

ALAF 21 kini telah diletakkan di bawah GRUP BUKU KARANGKRAF di samping anak-anak syarikat yang lain iaitu Buku Prima dan Karya Bestari. ALAF 21 amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa dahagakan bahan bacaan yang berkualiti. Justeru, ALAF 21 melakukan proses pemilihan manuskrip yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca, sesuai dengan moto terdahulu ‘Mari Meluncur di Lautan Ilmu’.
Buku-buku yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap, kreatif dan tentunya tidak stereotaip. Tidak hairanlah, ALAF 21 telah melahirkan ramai penulis novel, motivasi, resipi dan kraf yang kini sudah punya tempat di hati pembaca. Malah, ALAF 21 juga mempunyai tenaga editor dan grafik yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF 21 kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pasaran buku turut meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia.
Dari segi promosi pula, ALAF 21 mempunyai tenaga yang cukup kuat menjalankan kerja-kerja promosi di seluruh negara dengan kerjasama penulis-penulis. Laman Web ALAF 21, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter turut membantu dalam pemasaran buku-buku. Di samping itu, pembaca boleh membaca karya-karya, terutama novel secara alam maya melalui laman portal ilham@karangkraf.com. Di situ, bukan sahaja penulis-penulis novel yang sedia ada menghantar karya, malah sesiapa sahaja boleh mengaplikasikan karya mereka untuk tatapan umum. Pembaca juga boleh melanggan secara pos atau secara online melalui mall.karangkraf.com untuk mendapatkan bahan bacaan di bawah jenama ALAF 21.
Organisasi media unggul berwibawa yang memahat nilai dan mencorak minda untuk kesejahteraan insan.
Memupuk modal insan perkasa yang terampil, inovatif dan bermotivasi. Menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti serta bermanfaat yang memberi nilai tambah.

PRODUK ALAF 21 ADA DI SINI!

Kami ada menubuhkan dua mall bagi menyenangkan pihak pembaca untuk memiliki buku-buku Alaf 21. Kini, pembaca boleh mendapatkan buku-buku kami dalam bentuk fizikal atau digital dan satu kedai online di shopee.

Team ALAF 21

Puan Firdaus Hussamudin
(Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf)
Shahida Md Khasim
(Ketua Unit Novel)
Mazuen Yahaya
(Editor Kanan Novel)
Ruzita Awaluddin
(Editor Kanan Buku Umum)
Nor Azam Syah
(Pengarah Kreatif)
Baharin Abdul Hamid
(Pereka Grafik Kanan)
Siti Darina Muhamad
(Pereka Grafik Buku)
Annuur Aisyah Zamakhsari
(Pereka Grafik Buku)
Ahmad Firdaus Abdul Razak
(Pereka Grafik Kanan)
Siti Aisyah Hussain
(Editor Kanan Buku Umum)