SELAMAT DATANG KE SEMESTA K-LIT!
K-Lit (Karangkraf Literature) adalah sebuah genre novel baru di bawah imprint Alaf21 yang membawakan kisah-kisah beracuan drama Korea (K-Drama) tetapi bercirikan Malaysia.
Logo K-Lit
Simbol burung hantu yang dipilih pada logo K-Lit diberikan nama Koowl (Karangkraf’s Cool Owl), memberi makna kebijaksanaan dan pembelajaran, sesuai dengan intipati yang dibawa oleh K-Lit.
Elemen K-Lit
10 elemen penting yang dibawa di dalam novel K-Lit:
● Bidang kerjaya
● Kekeluargaan
● Persahabatan
● Cinta tipis-tipis
● Konflik/isu universal
● Kejutan (plot twist)
● Kebangkitan (inspiratif)
● Budaya Malaysia
● Gaya hidup Malaysia
● Acuan K-Drama
● Bidang kerjaya
● Kekeluargaan
● Persahabatan
● Cinta tipis-tipis
● Konflik/isu universal
● Kejutan (plot twist)
● Kebangkitan (inspiratif)
● Budaya Malaysia
● Gaya hidup Malaysia
● Acuan K-Drama
Mengapa K-Lit?
K-Lit diwujudkan bagi memenuhi citarasa pembaca yang semakin mahukan kelainan dalam karya tempatan. Setiap karya K-Lit perlu memiliki ciri-ciri tertentu berpandukan
Garis Panduan K-Lit.
Antara disiplin yang perlu dipatuhi oleh penulis K-Lit:
● Patuh syariah
● Mempromosikan Malaysia
● Bahasa yang betul
● Menjaga sensitiviti
K-Lit memandaikan pembaca melalui info dan fakta bidang yang dimasukkan dalam plot, sub-plot, karakter, konflik, dialog dan metafora. Juga mengasah pemikiran pembaca melalui isu universal yang diangkat.
K-Lit juga disasarkan memenuhi kehendak dan keperluan adaptasi ke drama/filem, sama ada terbitan tempatan mahupun antarabangsa.
Antara disiplin yang perlu dipatuhi oleh penulis K-Lit:
● Patuh syariah
● Mempromosikan Malaysia
● Bahasa yang betul
● Menjaga sensitiviti
K-Lit memandaikan pembaca melalui info dan fakta bidang yang dimasukkan dalam plot, sub-plot, karakter, konflik, dialog dan metafora. Juga mengasah pemikiran pembaca melalui isu universal yang diangkat.
K-Lit juga disasarkan memenuhi kehendak dan keperluan adaptasi ke drama/filem, sama ada terbitan tempatan mahupun antarabangsa.
Novel K-Lit yang Pertama
Reka Bentuk Kulit Buku K-Lit
Konsep reka bentuk kulit buku K-Lit menggambarkan cerita di dalamnya secara nyata ataupun kiasan. Inspirasi rekaan diambil daripada novel-novel Korea dan Jepun, tetapi diolah mengikut gaya Karangkraf yang tersendiri yang segar dan berbeza.
Bagi lima novel pertama, konsep permulaan hari baru ditampilkan pada kelima-lima kulit buku secara bercantum dan bergelung secara berterusan. Dimulakan dari kanan (timur) sebagai perlambangan waktu matahari terbit pada kulit Sayap Berlian, waktu duha (Rahsia Paling Rahsia), tengah hari (Senaskhah Hidup), senja (Ekspres Jupiter) dan tengah malam (Leluhur), seterusnya bersambung semula dengan Sayap Berlian. Ini adalah simbolik kemunculan K-Lit sebagai permulaan kebangkitan semula buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.
Bagi lima novel pertama, konsep permulaan hari baru ditampilkan pada kelima-lima kulit buku secara bercantum dan bergelung secara berterusan. Dimulakan dari kanan (timur) sebagai perlambangan waktu matahari terbit pada kulit Sayap Berlian, waktu duha (Rahsia Paling Rahsia), tengah hari (Senaskhah Hidup), senja (Ekspres Jupiter) dan tengah malam (Leluhur), seterusnya bersambung semula dengan Sayap Berlian. Ini adalah simbolik kemunculan K-Lit sebagai permulaan kebangkitan semula buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.
K-Lit Universe
Cerita dalam buku K-Lit wujud di dalam satu ‘universe’. Seperti dalam lima buku pertama K-Lit, ada watak yang membuat kemunculan (cameo) di dalam novel lain. Contohnya, Inspektor Damia dari novel Leluhur, muncul dalam Senaskhah Hidup. Dan Kapten Hilzan dari novel Ekspres Jupiter membuat cameo dalam novel Rahsia Paling Rahsia.
Semesta K-Lit tidak hanya menghubungkan watak-watak fiksyen di dalam buku, malah juga mencipta hubungan antara pembaca yang meminati genre K-Lit ini. Sepertimana "idol group" di Korea mempunyai fandom, K-Lit juga mempunyai fandom tersendiri yang digelar ‘Dreamers'.
Semesta K-Lit tidak hanya menghubungkan watak-watak fiksyen di dalam buku, malah juga mencipta hubungan antara pembaca yang meminati genre K-Lit ini. Sepertimana "idol group" di Korea mempunyai fandom, K-Lit juga mempunyai fandom tersendiri yang digelar ‘Dreamers'.
Apa Kata Pembaca K-Lit?
Mahu Jadi Penulis K-Lit?
Bagi penulis yang berminat untuk menghantar karya untuk diterbitkan sebagai novel K-Lit, boleh muat turun
Garis Panduan Novel K-Lit
dan Proposal Novel K-Lit Sebarang pertanyaan dan penghantaran proposal/manuskrip boleh hubungi kami di rndgbk@karangkraf.com
K-Lit FAQ
Apakah maksud K-Lit
K-Lit by Alaf21 bermaksud Karangkraf Literature.
Adakah K-Lit menerbitkan novel terjemahan dari Korea Selatan?
Fokus penerbitan K-Lit ialah novel tempatan bercirikan Malaysiana, yang dibangunkan mengikut acuan drama Korea. Bagaimanapun, K-Lit juga ada menerbitkan novel terjemahan dari Korea yang bersesuaian dengan adat budaya Malaysia di bawah label K-Lit+.
Bolehkah saya hantar manuskrip novel cinta tetapi ada unsur-unsur K-Lit?
K-Lit hanya menerima manuskrip novel yang mengandungi tidak lebih daripada 20% unsur cinta. Jika lebih daripada itu, akan diterbitkan sebagai novel cinta Alaf21.
Adakah K-Lit menerima manuskrip novel fantasi sejarah?
Ya.
Saya ada menulis cerita yang berlatarkan Korea Selatan. Bolehkah saya terbitkan di bawah K-Lit?
Latar belakang negara luar termasuk Korea tidak begitu digalakkan untuk K-Lit kerana kami mengutamakan kisah yang kuat mempromosikan negara, budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan sekiranya sesuai dan perlu.
Adakah K-Lit menerima manuskrip yang watak-wataknya bukan Melayu, contohnya Cina, India ataupun kaum etnik di Sabah dan Sarawak?
Ya, malah sangat dialu-alukan.
Berapakah usia penulis K-Lit?
Terbuka kepada semua usia. Sekiranya penulis berusia bawah 18 tahun, manuskrip perlu dihantar bersekali dengan surat kebenaran rasmi daripada ibu bapa/penjaga sah.
Adakah K-Lit turut menerbitkan karya fanfiction?
Tidak.
Saya pernah menulis di Wattpad. Sekarang saya ingin terbitkan cerita itu di bawah K-Lit. Bolehkah dan jika boleh bagaimanakah caranya?
Boleh dan perlu sesuaikan dengan Garis Panduan Penulisan K-Lit sebelum dihantar kepada kami untuk dinilai. Sekiranya kami setuju terbit, 70% penulisan di Wattpad itu perlu dikeluarkan.
Adakah penghantaran manuskrip K-Lit dibuka sepanjang tahun?
Ya.
Bagaimana cara untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik menulis K-Lit?
Boleh rujuk Garis Panduan Penulisan K-Lit, ataupun hadir ke Bengkel Penulisan K-Lit yang dianjurkan oleh Karangkraf dari semasa ke semasa.
Manuskrip saya mempunyai ilustrasi yang saya lukis sendiri. Bolehkah dimasukkan sekali ke dalam novel?
Boleh sekiranya sesuai.
Saya ingin masukkan grafik peta, gambar rajah dan sebagainya ke dalam novel. Adakah saya perlu sediakan sendiri ataupun pihak Karangkraf boleh menyediakannya?
Anda perlu sediakan sendiri.
Novel saya ada banyak unsur Islamik. Adakah sesuai dengan K-Lit?
Editor akan membuat penilaian terlebih dahulu. Jika unsur Islamik terlalu banyak sehingga menjadi novel dakwah, dan jika sesuai, ia akan diterbitkan di bawah Alaf21 dan bukannya K-Lit.
Saya ada manuskrip novel seram. Boleh saya hantar kepada K-Lit?
Novel seram lebih sesuai untuk terbitan Buku Prima.
Adakah K-Lit menerbitkan genre thriller?
K-Lit ada menerbitkan genre thriller-mistik iaitu Leluhur. Bagaimanapun, thriller untuk K-Lit perlu ada subgenre berbeza seperti thriller-fantasi-family, thriller-sukan, thriller-komedi-sejarah, slice of life-misteri-thriller, dan sebagainya, selain mengandungi ciri K-Lit yang lain. Sekiranya crime-action-thriller, lebih sesuai diterbitkan oleh Buku Prima.
Berapa lamakah proses penerbitan sesebuah novel di Karangkraf?
Kebiasaannya, manuskrip mentah diproses memakan masa minimum tiga bulan selepas disahkan diterima untuk diterbitkan. Bagaimanapun, kami mempunyai jadual penerbitan yang perlu dipatuhi dan disesuaikan dengan keadaan termasuk kempen pemasaran. Boleh juga berlaku proses akan menjadi lebih lama sekiranya kami mendapat manuskrip yang dihantar perlukan olahan, rombakan ataupun tambahan. Semua ini akan dimaklumkan kepada penulis oleh editor.
Bagaimana cara untuk menghantar manuskrip K-Lit?
Muat turun
Borang Proposal K-Lit dan isikan ruang yang diperlukan dan e-mel kepada
rndgbk@karangkraf.com
berserta tiga bab contoh. Penilaian akan dibuat dalam tempoh minimum dua minggu sehingga maksimum dua bulan selepas proposal dan bab contoh diterima. Sekiranya belum menerima sebarang makluman daripada pihak kami selepas dua minggu, mohon hantar e-mel susulan untuk mendapatkan pengesahan yang proposal sudah diterima oleh kami.